Fenomena ‘Crash’ Sesi Asia, AUD/USD dan NZD/USD Menjunam 300 Pips!

1,083

Sesi pasaran Asia pada pagi Isnin permulaan dagangan minggu ini mempamerkan pergerakan drastik harga ekoran sentimen pasaran yang kekal berisiko akibat ancaman penularan wabak Coronavirus COVID-19.

Matawang safe-haven Yen berjaya mencatatkan pengukuhan apabila berjaya mengukuh berbanding US dolar ke paras tertinggi terbaru sejak dagangan September 2016.

Manakala, lebih ketara terkesan berikutan sentimen risk-off pasaran adalah matawang dolar Australia dan New Zealand.

Dalam masa beberapa minit sahaja, kedua-dua carta harga bagi pasangan matawang AUD/USD dan NZD/USD menjunam sehingga lebih 300 pips ke paras terendah terbaru!

Penurunan AUD/USD ke paras terbaru tersebut adalah terendah sejak dagangan Mac 2009 manakala NZD/USD pula terendah sejak Mei 2009 selepas melepasi paras terendah harga pada Ogos 2015 yang lalu.

Namun, kedua-dua carta harga dilihat kembali pantul semula 200 pips dari paras terendah yang dicecah dengan pergerakan harga kekal volatile.

Selain Aussie dan Kiwi, matawang komoditi dolar Kanada turut mempamerkan pergerakan tidak normal harga yang terkesan oleh krisis minyak mentah.

Sentimen pasaran yang terus berisiko ini akan terus meningkatkan kebimbangan para pelabur dan memberikan kesan yang lebih buruk terhadap pasaran kewangan dunia.

Pelabur dan pedagang dinasihatkan untuk berhati-hati untuk berada dalam pasaran dengan ketidaktentuan yang terus melanda.

Carta yang dipaparkan diatas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat