Finland Dan Sweden Sertai NATO, Tapi Turki Tak Setuju?

548

Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg memberitahu bahawa Finland dan Sweden secara rasmi telah memohon untuk menyertai pakatan itu dalam satu langkah yang didorong oleh kebimbangan keselamatan dari perang Rusia di Ukraine.

Berkecuali sepanjang Perang Dingin, keputusan kedua-dua negara itu untuk menyertai NATO adalah salah satu perubahan paling ketara dalam seni bina keselamatan Eropah sejak beberapa dekad.

Stoltenberg memberitahu pemberita pada hari Rabu, beliau amat mengalukan-alukan permintaan Finland dan Sweden untuk menyertai NATO selain turut mengatakan penyertaan tersebut akan meningkatkan lagi keselamatan bersama.

Perikatan itu menganggap bahawa penyertaan kedua-dua negara itu akan mengukuhkan kuasanya di Laut Baltik.

Setelah menyerahkan permohonan secara rasmi pada Rabu, ia kemudiannya akan dipertimbangkan oleh 30 negara anggota yang dijangka mengambil masa kira-kira dua minggu.

Walaupun begitu, pertimbangan tersebut mungkin berdepan kesukaran Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan yang mengatakan keraguan terhadap keahlian Finland dan Sweden.

Hal ini kerana kedua-dua negara itu mempunyai individu yang dikaitkan dengan kumpulan yang dianggapnya sebagai pengganas dan mengecam sekatan eskport senjata yang dikenakan ke atasnya selepas pencerobohan Syria pada 2019.

Bagaimanapun, Jens Stoltenberg mengatakan pendapatnya bahawa isu tersebut boleh diselesaikan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat