Firma Teknologi Tidak Kalis Inflasi, Beberapa Saham Ini Menjunam Teruk

246

‘Dah mula dah syarikat teknologi punya laporan pendapatan, makin tidak tentulah pasaran selepas ini.’

Syarikat media sosial terkemuka Amerika Syarikat (AS), Snap Inc menjadi firma teknologi pertama yang menerbitkan laporan pendapatan korporat bagi suku ke-3 (Q3).

Menerusinya, Snap melaporkan hasil pendapatan yang lemah daripada jangkaan dan menyebabkan syarikat mengalami penyusutan saham sebanyak 25% ketika dagangan sesi New York.

Difahamkan bahawa hasil pendapatan Snap pada Q3 mencatat sebanyak $1.13 bilion berbanding unjuran yang ditetapkan pasaran pada $1.14 bilion sementara hasil sesaham disemak pada $0.08.

Sungguhpun berlaku peningkatan 6% dalam hasil pendapatan tersebut berbanding tempoh sama tahun lalu, ia masih gagal mencapai ramalan pasaran.

Turut digariskan oleh Snap adalah tekanan kadar inflasi global yang tinggi telah menjejaskan pertumbuhan hasil syarikat dan perkara ini secara tidak langsung memberi bayangan penyusutan dalam industri pengiklanan digital.

Sebagai buktinya, saham-saham syarikat yang berteraskan pengiklanan digital seperti Meta Platform Inc susut 4% sementara Alphabet Inc turun 2% dan Pinterest Inc junam 8%.

Dalam pada itu, pelabur mengambil input daripada laporan korporat Snap ini sebagai satu pertanda buruk kepada syarikat-syarikat sosial media berteraskan pengiklanan digital lain.

Langkah pelaksanaan dasar pengetatan agresif oleh Federal Reserve (Fed) dalam membendung inflasi bakal merisikokan kemelesetan ekonomi dan perkara ini memberi tekanan kepada syarikat-syarikat teknologi untuk beroperasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat