Fitch Ratings Letakkan Amerika Dalam Pemerhatian Negatif!

336

Kebuntuan dalam mencapai perjanjian siling hutang yang membawa Amerika Syarikat ke ambang ‘default’ boleh menjejaskan penarafan kreditnya, amaran Fitch Ratings.

Terbaharu, agensi penarafan kredit itu meletakkan Amerika yang memiliki kredit tertinggi AAA kepada pemerhatian negatif.

Langkah itu dibuat ketika penggubal undang-undang Republikan dan Demokrat berunding untuk menaikkan had hutang AS, di mana kedua-dua pihak dilihat masih berjauhan dalam isu tertentu.

Menurut Fitch, penilaian negatifnya mencerminkan peningkatan permainan politik telah menghalang AS dalam mencapai resolusi untuk menaikkan had hutang walaupun tarikh akhirnya semakin hampir.

Perbendaharaan AS kini hampir kehabisan tunai untuk memastikan kerajaan terus berjalan.

Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen telah berulang kali melontarkan amaran bahawa jika siling hutang gagal dinaikkan sebelum 1 Jun, negara itu akan menghadapi situasi ‘default’.

Ia bukan sahaja akan membawa kesan buruk kepada Amerika Syarikat, tetapi juga seluruh dunia.

Fitch adalah salah satu daripada tiga agensi penarafan kredit terkemuka bersama Moody’s dan S&P.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat