Fuh! Pasaraya Terbesar Croatia Dah Mula Gunakan Kripto!

1,011

Rangkaian pasar raya terbesar Croatia, iaitu rangkaian runcit Konzum akan mula menerima pembayaran kripto di kedai atas talian mereka mulai hari ini. Konzum yang merupakan rangkaian runcit gergasi pertama di Crotia mula menerima Bitcoin (BTC) dan beberapa aset kripto lain sebagai pilihan pembayaran alternatif. Dengan ini orang ramai dan perniagaan boleh membeli barangan runcit penggunaan harian dan 12,000 produk dengan menggunakan kripto.

Selepas mengambil langkah proaktif ini, Konzum sekarang sedang merancang untuk mengembangkan pilihan pembayaran kripto ke kedai runcit fizikal. Konzum yakin bahawa pembayaran kripto ini akan beroperasi dengan lancar seperti pembayaran menggunakan kad dan tunai.

Antara kripto yang boleh digunakan sebagai medium transaksi ialah Bitcoin (BTC), Ether (ETH), Bitcoin Cash (BCH), EOS, DAI, XRP, Stellar Lumen (XLM), Tether (USDT) dan USDC. Uros Kalinic, ahli Lembaga Pengurusan Kewangan dan IT Konzum mengatakan bahawa ‘pengenalan pembayaran kripto ada indikasi jelas bahawa Konzum sentiasa peka dengan aliran global dan dalam masa yang sama cuba untuk bertindak balas terhadap perkembangan inovasi dan teknologi’.

Bagi melancarkan proses ini, Konzum telah bekerjasama dengan syarikat fintech domestik Electrocoin. Electrocoin telah membangunkan sistem pembayaran kripto baharu yang dipanggil PayCeck. Sistem PayCeck juga akan menghapuskan risiko turun naik kripto dan akan menawarkan kadar pertukaran tetap kepada pelanggan pada masa pembayaran.

Tahun 2021, telah menjadi tanda aras yang penting buat pasaran kripto dimana terdapat syarikat arus perdana mula menjadikan kripto sebagai pilihan pembayaran. . Terdahulu, rangkaian pawagam terbesar di AS, AMC Theaters memperkenalkan pilihan pembayaran kripto untuk mendapatkan tiket dan membuat pembelian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat