Fuh! US Dolar Terus Melonjak Tinggi Atas 100, Ini Perkara Perlu Diketahui ‘Trader’ Dalam Pasaran!

1,581

US dolar didagangkan kukuh ke paras tertinggi lima tahun pada hari Rabu menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan pada minggu hadapan yang dijangkakan akan dinaikkan kadar manakala matawang Eurp terus susut berikutan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi rentetan Rusia mengurangkan bekalan gas ke bahagian rantau itu.

US dolar telah mengukuh dengan jangkaan bahawa bank pusat A.S. akan menjadi lebih hawkish daripada bank pusat yang lain. The Fed dijangka meningkatkan kadar sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat 3-4 Mei, serta pada Jun dan Julai.

US dolar mendapat manfaat daripada kebimbangan pertumbuhan global ketika Eropah bergelut dengan kesan daripada pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dan ditambah pula China melaksanakan perintah berkurung dalam usaha untuk membendung penularan Covid-19.

Gazprom Rusia mengambil keputusan untuk menghentikan bekalan gas ke Poland dan Bulgaria pada hari Rabu kerana kegagalan mereka untuk membayar dalam rubel. Ini mencetuskan konflik antara Rusia dengan Eropah sebagai tindak balas kepada sekatan Barat yang dikenakan untuk pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Menurut penganalisis FX Eropah di HSBC, Dominic Bunning menyatakan bahawa ini memberi tekanan lanjut pada harga gas di Eropah dan memburukkan lagi pertumbuhan ekonomi dan inflasi.

Bukan itu sahaja, kebimbangan terhadap perkembangan di China juga mempengaruhi pasaran sehingga meningkatkan permintaan US dolar dan seterusnya menjejaskan prospek bagi negara lain yang lebih terdedah kepada ekonomi kedua terbesar dunia itu

Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding enam matawang utama didagangkan mengukuh sebanyak 0.73% kepada paras dagangan 103.073.

Matawang Euro susut 0.83% kepada $1.0549, paras paling lemah sejak Mac 2017. Mata wang tunggal itu telah susut 4.7% setakat ini pada bulan April dan menuju ke kerugian bulanan terburuk dalam lebih tujuh tahun.

Kementerian ekonomi Jerman pada hari Rabu mengurangkan ramalan pertumbuhan ekonominya untuk 2022 kepada 2.2% daripada ramalan pertumbuhan 3.6% pada akhir Januari tahun ini. Keyakinan pengguna Perancis juga jatuh lebih daripada jangkaan pada bulan April.

Para pelabur akan memberi perhatian kepada tindak tanduk Bank Pusat terutama bank pusat Jepun mengenai polisi yang akan diambil. Perhatian pasaran turut tertumpu pada konflik yang berlaku antara Rusia dan Ukraine.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat