Fulamak! Banyak Syarikat Gergasi Bergabung Tenaga Lancarkan Rangkaian Blockchain!

531

“Jangan main-main, Microsoft dan Goldman Sachs pun terlibat dalam projek ni tau.”

Rangkaian blockchain baharu Canton Network yang memfokuskan institusi kewangan telah dibangunkan oleh beberapa syarikat gergasi kewangan serta teknologi seperti Digital Asset, Goldman Sachs, Microsoft, Paxos, Deloitte, BNP Paribas dan sebagainya.

Menerusi pengumuman pada 9 Mei 2023, Canton Network akan menjadi rangkaian blockchain interoperable* didayakan privasi supaya dapat membolehkan synchronization** pasaran kewangan.

*Keupayaan blockchain untuk berkomunikasi dengan blockchain lain

**Merujuk pada muat turun dan pengesahan blok dalam blockchain, yang merupakan sejarah transaksi Bitcoin

Selain itu, rangkaian tersebut turut akan menguji keupayaannya pada bulan Julai 2023, antaranya adalah kawalan privasi dan keupayaan mencapai skala termasuk prestasi yang diperlukan untuk institusi kewangan.

Secara konteks, Canton telah dibina di atas Digital Asset Modeling Language (Daml), di mana ia mencipta sistem interoperable yang membenarkan aset, data ataupun tunai boleh synchronize merentasi aplikasi yang dipautkan (linked).

Menurut Cathy Clay, naib presiden eksekutif Cboe Global Markets yang juga merupakan rakan kongsi dalam projek tersebut telah berkata bahawa teknologi blockchain berpotensi untuk membuka peluang baharu kepada ramai pihak.

Tambahnya lagi, kebanyakan pelabur dan industri mula berminat terhadap aset digital selepas pasaran kripto yang mengalami kejatuhan drastik pada tahun lepas didapati sudah menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

Pada sisi berbeza, Ark Investment yang diasaskan oleh Cathie Wood telah membeli sebanyak 269,928 saham Coinbase (COIN) bernilai $18 juta pada bulan Mac 2023 manakala Goldman Sachs pula mendedahkan 32% pejabat keluarga kini memiliki pelaburan dalam aset digital.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat