Perubahan corak pergerakan pasaran diperhatikan pada minggu lepas ketika dagangan Ogos telah melabuhkan tirainya.
US dolar sebagai watak utama dilihat memaparkan prestasi berbeza yang kembali memulih setelah beberapa minggu mengalami kemerosotan.
Data ekonomi Amerika Syarikat (AS) seperti indeks harga PCE dan laporan pertumbuhan ekonomi diterbitkan minggu lepas turut menyokong pengukuhan semula US dolar.
Namun, penganalisis masih melihat kecenderungan untuk raja mata wang itu melemah semula berikutan jangkaan terhadap pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) menjelang mesyuarat yang semakin hampir.
Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat telah mula menunjukkan perubahan arah apabila kenaikan berterusan pada minggu-minggu sebelum ini terbantut di paras rintangan 1.12000.
Corak penurunan mula dipaparkan dengan isyarat bearish harga minggu lalu menunjukkan pergerakan harga berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Penurunan harga telah melepasi paras penting pada 1.11000 dan sehingga penghujung sesi terakhir dagangan minggu lalu, harga telah mencecah sekitar 1.10500.
Harga dijangka akan menyambung corak tersebut di awal minggu ini dengan sasaran menuju paras tumpuan pada 1.10000.
Penurunan lebih rendah dari zon tersebut merisikokan kejatuhan lebih mendalam harga yang boleh mencecah hingga sekitar 1.09000.
Namun jika berlaku lantunan semula harga selepas ini, rintangan terhampir yang dilihat bakal diuji adalah pada 1.11000 selain garisan halangan MA50 juga akan diperhatikan.
Jika harga berjaya melepasinya, kenaikan lebih tinggi boleh berlaku semula dengan isyarat untuk harga menyambung kembali pergerakan bullish sebelum ini menuju paras ketinggian 1.12000 lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG