Gagal Hadiri 5 Mesyuarat Utama Berkaitan COVID-19, Kewibawaan PM Johnson Dipersoal

322

Perdana Menteri UK Boris Johnson yang masih dalam proses pemulihan selepas beberapa menerima rawatan insentif akibat dijangkiti COVID-19, menerima kritikan hebat mengenai tindak balas awalnya dalam menangani isu wabak pandemik ini.

Laporan Sunday Times mendedahkan kegagalan PM Johnson untuk memandang serius terhadap isu coronavirus pada peringkat awal ia mula menular dengan cepat di China.

Michael Gove, salah seorang menteri kanan Kabinet mengakui bahawa PM Johnson tidak menghadiri lima mesyuarat jawatankuasa kerajaan UK, berhubung isu wabak coronavirus pada bulan Januari dan Februari.

Bagaimanapun, disebabkan kenyataannya yang mencetuskan kontroversi, Gove kemudiannya memberitahu dalam laporan berasingan kepada BBC, bahawa ketidakhadiran Boris Johnson dalam mesyuarat tersebut adalah merupakan perkara biasa dan ia sebenarnya tidak perlu dihadiri oleh Perdana Menteri itu.

Ketika pertemuan pertama diadakan, para saintis di UK telah mengeluarkan amaran kepada menteri bahawa virus tersebut mempunyai kadar jangkitan yang tinggi dan perintah berkurung diperlukan untuk mencegah penularan di negara itu.

Walau bagaimanapun, saranan tersebut ditolak oleh kerajaan, dan Setiausaha Kesihatan Matt Hancock mengatakan bahawa risiko ancaman coronavirus kepada UK adalah rendah.

Selain itu, beliau juga didakwa gagal untuk menyediakan peralatan peribadi pelindung (PPE) untuk kakitangan perubatan barisan hadapan, meskipun Persatuan Penjagaan Kesihatan British telah menawarkan bantuan untuk membekalkan PPE pada Februari lalu, dan tawaran tersebut hanya diterima pada 1 April.

Bagi membalas kepada laporan Sunday Times, jurucakap Downing Street UK mengatakan bahawa Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS) telah diberikan sokongan sepenuhnya oleh kerajaan untuk memastikan semua orang menerima rawatan yang diperlukan, termasuk menyediakan perlindungan kepada perniagaan dan jaminan kepada pekerja.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat