Gagal Tembus Rintangan Minggu Lalu, USD/CAD Menjunam 100 Pips!

220

Momentum kenaikan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD pada sesi Asia semalam gagal dikekalkan selepas pelabur menyaksikan harga kembali menjunam semula.

Pada mulanya harga telah membuat kenaikan sehingga ke paras 1.26300 menguji semula zon resistance yang dicapai pada minggu lalu.

Selepas mencapai zon tersebut pada awal sesi Asia, harga kembali menjunam 100 pips sehingga ke penghujung sesi New York.

Situasi penurunan harga tersebut didorong oleh penyusutan US dolar selepas reaksi pasaran susulan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan.

Dolar Kanada juga turut mengukuh selepas negara-negara pengeksport petroleum (OPEC) telah meningkatkan unjuran pertumbuhan permintaan minyak global untuk tahun 2021 kepada 5.95 juta tong sehari daripada 5.89 tong sehari sebelumnya.

Penganalisis melihat isyarat untuk trend bearish pada carta USD/CAD selepas harga jatuh di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Jika harga berjaya turun lebih rendah di bawah paras 1.25200, harga dijangka untuk menuju ke paras sokongan pada 1.24700.

Paras tersebut berada pada zon RBS (resistance become support) yang menjadi tumpuan pada dagangan Mac lalu.

Sekiranya harga melonjak semula melepasi halangan MA50, kenaikan dilihat akan menguji rintangan pada 1.26000 sebelum ke zon resistance 1.26300 semula. Kenaikan lebih tinggi akan mensasarkan paras ketinggian terbaru sekitar 1.26700.

Lihat gambar carta pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat