Game Baharu Ini Punca Jualan NFT BAYC Mula Beraksi!

20

NFT BAYC dah naik, agaknya NFT lain akan ikut juga tak sebab dah lama sangat menyepi ni.”

Susulan pengumuman pencipta Yuga Labs untuk melancarkan permainan web berasaskan kemahiran ‘Dookey Dash’, ia telah memacu peningkatan dalam jualan koleksi non-fungible token (NFT) Bored Ape Yacht Club (BAYC) dan projek berkaitan.

Dookey Dash merupakan permainan “endless runner” yang boleh dimainkan dalam web browser dengan menyaksikan ilustrasi kartun yang memerlukan para pemain mengambil barang tanpa menjatuhkannya. 

Meskipun begitu, Dookey Dash hanya boleh dimainkan oleh pemilik NFT BAYC dan Mutant Ape Yacht Club (MAYC) yang  menerima NFT Sewer Pass, ulas Yuga Labs pada hari Rabu lepas.

Tambahnya lagi, pemilik kedua-dua koleksi tersebut yang berminat untuk sertai permainan Dookey Dash boleh memperoleh pas NFT itu secara percuma dari tarikh 17 Januari hingga 8 Februari dan menjual NFT itu semula jika tidak perlukannya lagi.

Selain itu, beberapa pemilik koleksi BAYC yang terpilih juga akan diberi bonus untuk skor permainan mereka.

Sungguhpun Dookey Dash masih tidak diterangkan dengan lebih terperinci, laman web rasminya berkata bahawa para pemain akan diberi ganjaran berdasarkan prestasi masing-masing dalam permainan tersebut. 

Suka dimaklumkan bahawa volum jualan NFT MAYC melonjak sebanyak 124% pada $4.2 juta dalam tempoh 24 jam lalu manakala BAYC pula canak sekitar 171% pada $3.5 juta. 

Dalam pada itu, NFT Bored Ape Kennel Club (BAKC) yang akan memainkan peranan penting dalam permainan tersebut melihat kenaikan hampir 171% pada $3.3 juta.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat