GameStop Tawar Saham Baharu?

366

GameStop Corp semalam berkemungkinan menjual saham baharu selepas firma berkenaan cuba mengambil kesempatan atas kenaikan harga sahamnya yang mendadak sejak Januari lalu.

Saham GameStop susut kira-kira 14%, selepas menurun lebih daripada 6% ketika sesi dagangan biasa.

Firma tersebut memberi kenyataan berhubung penawaran saham dalam satu makluman pendapatan suku keempat yang menunjukkan pertumbuhan jualan e-dagang GameStop sebanyak 175%.

GameStop melaporkan penurunan penjualan bersih suku tahunannya, yang tidak menepati jangkaan penganalisis dan penurunan margin kasar.

Ramai pakar pasaran menggesa GameStop untuk mengambil kesempatan atas peningkatan harga sahamnya yang mendadak untuk menjual saham baharu.

Bagaimanapun, menurut laporan Reuters bulan lalu, firma tersebut memutuskan penjualan saham baharu itu dilarang di bawah peraturan kewangan Amerika Syarikat (AS) kerana GameStop belum memaklumkan mengenai laporan pendapatannya kepada para pelabur.

Situasi itu berlaku meskipun GameStop telah mendaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC) pada Disember untuk menjual saham bernilai AS$100 juta menerusi penawaran ‘at-the-market’ (ATM).

“Sejak Januari lalu, kami telah menilai sama ada untuk meningkatkan saiz program ATM atau menjual Saham Biasa Kelas A di bawah Program ATM yang dipertingkatkan sepanjang tahun fiskal 2021, khususnya untuk membiayai inisiatif transformasi masa depan kami dan keperluan modal kerja am,” kata GameStop dalam maklumannya.

Syarikat berkenaan merekodkan penurunan suku tahunan buat kali kesembilan berturut-turut dalam keseluruhan penjualannya tetapi para pelabur yakin dengan peningkatan hampir tiga kali ganda dalam jualan e-dagang pada tahun lalu.

Jualan bersih jatuh ke AS$2.12 bilion. Penganalisis meramalkan purata jualan GameStop sebanyak AS$2.21 juta.

Sementara itu, pendapatan bersih GameStop yang disesuaikan meningkat kepada AS$90.7 juta atau AS$1.34 sesaham daripada AS$83.8 juta atau AS$1.27 sesaham pada tahun sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat