Gara-gara Amaran Arab Saudi Kepada ‘Short Seller’, Harga Minyak Meninggi!

286

Minyak mentah didagangkan pada paras tertinggi tiga minggu berikutan amaran menteri tenaga Arab Saudi yang meningkatkan prospek pengurangan pengeluaran OPEC+ akan datang.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan lebih tinggi pada $78 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula sedikit berubah pada $74 setong.

Pada hari Selasa, Putera Abdulaziz bin Salman berkata ‘short seller’ yang mempertaruhkan harga minyak akan jatuh perlu berwaspada terhadap akibatnya.

Amaran tersebut dilihat oleh pasaran bahawa Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya yang dipanggil OPEC+, akan mempertimbangkan pengurangan pengeluaran selanjutnya pada mesyuarat pada 4 Jun.

Hal ini telah membantu komoditi hitam itu untuk didagangkan lebih tinggi di tengah-tengah ketidakpastian yang berterusan dalam isu siling hutang Amerika Syarikat.

Sementara itu, data daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) menunjukkan penurunan mengejutkan dalam inventori minyak mentah AS sebanyak 12.5 juta tong pada minggu lepas berbanding jangkaan untuk meningkat 800,000 tong.

Tambah EIA lagi, stok petrol AS susut sebanyak 2.1 juta tong dalam seminggu kepada 216.3 juta tong, manakala stok sulingan susut sebanyak 600,000 tong kepada 105.7 juta tong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat