Gara-Gara Lionel Messi, Ethernity Chain (ERN) Meroket Lebih 50%!

698

Pemain bola sepak Argentina, Lionel Messi bakal melancarkan koleksi non-fungible token (NFT) yang dikenali sebagai The Messiverse, set gambar digital yang disahkan sendiri oleh figura itu.

Pengumuman itu dibuat melalui akaun rasmi Instagramnya pada malam tadi.

Usaha tersebut turut melibatkan kerjasama dengan Ethernity Chain dan pelancaran The Messiverse dijangka berlangsung pada 20 Ogos, 9 malam UTC.

The Messiverse dikatakan memiliki empat hasil kerja seni: ‘Man From the Future’, ‘Worth the Weight’, ‘The King Piece’, dan satu lagi seni akan didedahkan ketika pelancarannya.

Keempat-empatnya dihasilkan oleh artis Australia, Bosslogic, individu yang pernah bekerja untuk Marvel dan Disney.

Susulan daripada pengumuman Messi, token natif rangkaian itu ERN menyaksikan lonjakan lebih 50%, kepada nilai tertinggi harian, $12.59. Bagaimanapun, ketika penulisan, aset ini didagangkan pada $11.12 dengan lonjakan 37% dalam 24 jam.

Sebelum ini, ERN mencatatkan nilai tertinggi sepanjang masa (ATH), $74 pada Mac dan pernah mengatasi Bitcoin (BTC) sebagai koin trend tertinggi mingguan di Amerika Syarikat (AS).

Ini bukan kali pertama Messi tampil dalam bentuk NFT. Pada bulan lepas, Ethernity Chain juga melancarkan koleksi NFT sempena meraikan kemenangan Argentina menewaskan Brazil pada final Copa America.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat