Gara-Gara Sekatan Kripto Yang Tidak Jelas, 4 Bank Ini Didenda RM8.24 Juta!

2,316

Bank Pusat Nigeria (CBN) telah mengenakan denda berjumlah N814.3 juta (RM8.24 juta) kepada empat bank komersial tempatan kerana memproses transaksi mata wang kripto.

Difahamkan sekatan terhadap transaksi dalam aset kripto telah dilaksanakan sejak setahun yang lalu selepas pihak berkuasa monetari tertinggi meletakkan larangan tersirat atau tidak jelas ke atas pasaran mata wang kripto.

Ketika itu kerajaan Afrika mengarahkan bank-bank komersial di negara itu untuk menutup kesemua akaun berkaitan mata wang kripto.

Di bawah pantauan teknologi ultra-moden, CBN mendapati bank yang melanggari undang-undang telah dikenakan denda yang berbeza dan mereka ialah:

  • Stanbic IBTC Bank – (RM2.02 juta)
  • Access Bank PLC – (RM5.06 juta)
  • United Bank for Africa (UBA) PLC – (RM1.01 juta)
  • Fidelity Bank PLC – (RM144,628)

Melihat kepada situasi ini, sukar untuk meramalkan masa depan pasaran kripto di Nigeria walaupun tersenarai sebagai salah satu negara yang memiliki permintaan tinggi terhadap aset kripto.

Berdasarkan laporan daripada United States’ Library of Congress (LoC) pada 2021, sebanyak 51 negara telah menyekat mata wang kripto dan 23 daripadanya adalah negara Afrika.

Sementara itu, empat daripadanya – Algeria, Egypt, Morocco, dan Tunisia jelas menunjukkan sekatan terhadap mata wang kripto, manakala 19 daripadanya meletakkan sekatan tidak jelas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat