Gawat! Pemberi Pinjaman Kripto A.S. Voyager Digital Failkan Notis Bangkrap!

481

Pemberi pinjaman kripto A.S. Voyager Digital pada hari Rabu telah memfailkan notis kebankrapan. Dengan ini Voyager menjadi satu lagi mangsa kesan daripada kejatuhan pasaran dalam harga mata wang kripto.

Pemberi pinjaman kripto seperti Voyager merupakan syarikat yang berkembang pesat dalam fasa pandemik COVID-19. Tawaran kadar faedah yang tinggi dan akses mudah kepada pinjaman yang jarang ditawarkan oleh bank tradisional telah menarik ramai pelanggan. Walaubagaimanapun, malang tidak berbau, kemerosotan dalam pasaran kripto baru-baru ini telah menjejaskan banyak syarikat kripto terutama mereka yang memberi pinjaman.

Celsius yang berpangkalan di New Jersey pada bulan Jun telah membekukan pengeluaran dan telah mengupah penasihat bagi mengelak dari pemfailan muflis. Voyager pada bulan ini telah membekukan pengeluaran sejajar dengan tindakan pemberi pinjaman lain, Vauld Singapura.

Pada minggu lalu,Voyager memaklumkan bahawa pihak mereka telah mengeluarkan notis bangkrap kepada Hedge Fund Three Arrows Capital (3AC) kerana gagal membuat pembayaran bagi pinjaman kripto berjumlah lebih $650 juta. 3AC pada minggu itu memfailkan notis bangkrap dimana ia menatijahkan satu syarikat besar terbubar.

Dalam pemfailan kebankrapan Bab 11 pada hari Selasa, Voyager menganggarkan bahawa mereka mempunyai lebih daripada 100,000 pemiutang yang rata-rata bernilai antara $1 bilion dan $10 bilion dalam aset dan liabiliti.
Prosedur kebankrapan Bab 11 ini menahan semua perkara litigasi sivil dan membenarkan syarikat menyediakan pelan pemulihan sementara masih beroperasi.

Voyager berkata pada hari Rabu ia mempunyai lebih daripada $110 juta dalam bentuk tunai dan aset kripto. Mereka bercadang untuk membayar pekerja dan meneruskan gerak kerja mereka. Voyager telah mengupah Moelis & Company dan The Consello Group sebagai penasihat kewangan, Kirkland & Ellis LLP sebagai penasihat undang-undang dan Berkeley Research Group LLC sebagai penasihat penyusunan semula operasi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat