GBP/JPY Beransur-Ansur Pamer Kenaikan Harga Lebih Tinggi

113

Corak bullish harga terus dikekalkan pada carta pasangan mata wang GBP/JPY untuk hari ketujuh berturut-turut dengan Yen semakin kehilangan momentumnya.

Pada penghujung April sehingga awal Mei, Yen ketara kukuh ketika pasaran melihat pergerakan drastik dalam pasaran dipercayai langkah campur tangan oleh Jepun berlaku.

Namun, pihak berkuasa Jepun terus berdiam diri untuk mengulas tentang perkara tersebut.

Pound meningkat perlahan berbanding Yen di tengah-tengah kebimbangan terhadap nada dovish yang telah disampaikan oleh gabenor bank pusat England (BOE) Andrew Bailey berkenaan dasar monetari pada mesyuarat minggu lalu.

Buat ketika ini, Pound masih paparkan pergerakan positif dan kini disokong oleh laporan data pekerjaan UK untuk bulan April yang diterbitkan dengan bacaan yang baik untuk pertambahan pekerjaan serta purata pendapatan.

Jika diperhatikan pada carta GBP/JPY, minggu lalu bermula corak peningkatan harga dari paras terendah 191.350 dan melepasi paras tumpuan pada 194.00.

Pada penghujung minggu, harga berjaya mencapai kenaikan ke paras ketinggian sekitar 195.300.

Corak kenaikan positif itu diteruskan pada pembukaan awal minggu semalam yang kekal mendaki di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu sebagai isyarat bullish.

Kenaikan diteruskan pada hari ini (Selasa) dengan ketinggian terbaru yang dicapai setakat awal sesi Eropah di sekitar 196.600.

Sekiranya corak tersebut berjaya dikekalkan, potensi harga adalah untuk mencapai jangkaan ke paras ketinggian 2000.00.

Paras tersebut telah dicapai pada penghujung April lalu sebelum berlaku ‘campur tangan’ hingga harga menjunam mendadak.

Sementara untuk jangkaan bagi penurunan harga pula, zon sekitar 194.00-193.500 akan menjadi tumpuan dengan reaksi menarik harga akan diperhatikan.

Jika tembus lebih rendah ke bawah, harga akan mencecah ke paras sebelumnya sekitar 191.350 itu dan kemudiannya ke zon tumpuan berikutnya pada 190.00.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat