GBP/JPY Berpotensi Melonjak Disokong Oleh Sentimen Positif Brexit

653

Persidangan Kesatuan Eropah yang berlangsung semalam memberikan hasil keputusan yang positif. Permohonan Perdana Menteri Britain, Theresa May untuk melanjutkan tempoh pengunduran Brexit diluluskan sehingga tarikh 31 Oktober nanti.

Keputusan tersebut dilihat sebagai faktor positif buat rundingan Brexit yang berlarutan dan bakal menyokong kembali dagangan Pound Sterling dalam pasaran semasa.

Pada sesi pasaran Eropah semalam juga, data pertumbuhan GDP serta data-data ekonomi di UK secara keseluruhannya dilihat mencatatkan bacaan yang baik. Ini akan turut menyumbang terhadap faktor pengukuhan semasa matawang GBP.

Sementara itu, Yen masih dipengaruhi oleh sentimen pasaran risk-off yang berlanjutan sehingga ke sesi Asia hari ini. Antara faktor yang menyumbang kepada risiko dalam pasaran adalah peningkatan kebimbangan terhadap ketegangan hubungan dagang antara Amerika Syarikat dan Eropah selain daripada isu Brexit.

Presiden Donald Trump telah mengancam untuk mengenakan tarif berjumlah $11 bilion dolar terhadap produk daripada Kesatuan Eropah. Pelabur berkemungkinan melihat gambaran situasi perang dagang melibatkan Eropah seperti yang tercetus antara Amerika Syarikat dan China sebelum ini.

Jika dilihat pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/JPY, harga melihatkan corak pergerakan harga yang menurun sejak dua minggu yang lalu. Dagangan semalam melihatkan harga menyentuh paras ketinggian pada resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line sebelum kembali membuat penurunan semula.

Bersambung pada dagangan hari ini pula, harga dilihat bergerak di atas paras Magic Pivot 145.279 sehingga ke sesi pasaran Eropah.

Jika harga berjaya membuat kenaikan ke paras lebih tinggi, paras resistance pada 146.276 (MagicR2) berkemungkinan akan menjadi destinasi sasaran kenaikan harga. Kenaikan lebih tinggi akan menguji pula paras ketinggian semasa pada GBP/JPY sekitar resistance 147.100.

Namun jika harga dilihat membuat penurunan ke paras lebih rendah berbanding Magic Pivot hari ini, paras support pada 144.800 akan diuji harga sebelum harga terus menuju ke paras support 143.749 (MagicS3) yang telah dicecah harga pada penghujung dagangan Mac lalu.

Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan.

Paras support: 144.746, 144.282, 143.749.

Paras resistance: 145.743, 146.276, 146.740.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat