GBP/JPY Masih Gagal Tembusi Rintangan Selama 3 Minggu Berturut-Turut

597

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/JPY pada minggu ini dilihat kekal gagal untuk menembusi zon rintangan 142.200.

Zon ketinggian harga tersebut telah diuji 3 minggu berturut-turut namun harga masih buntu untuk catatkan kenaikan lebih tinggi.

Pada dagangan Isnin semalam, paras tersebut sekali lagi diuji sebelum harga menjunam semula menutup dagangan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Ini memberi isyarat awal untuk perubahan trend bearish pada carta GBP/JPY.

Mata wang Yen tidak memberi reaksi ketara selepas minit mesyuarat bank pusat Jepun diterbitkan pada sesi Asia.

Sementara Pound Sterling mula masih didagangkan berisiko dengan tumpuan terarah pada laporan data pekerjaan UK pada sesi Eropah.

Harga membuat penurunan menuju ke zon RBS (resistance become support) 141.200 namun momentum penurunan sejak sesi Asia terbantut apabila laporan data pekerjaan UK diterbitkan dengan bacaan yang memberangsangkan.

Jika kenaikan harga berlaku semula, halangan MA50 akan diuji sebelum zon resistance 142.200 sekali lagi akan cuba ditembusi.

Seterusnya harga akan mencatatkan paras ketinggian terbaru menuju ke paras sekitar 142.700.

Namun jika harga kekal menyambung penurunan, zon sokongan harga dilihat sekitar paras 140.200 sebelum penurunan lebih rendah menguji zon harga 139.700.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat