GBP/JPY Susut Ke Paras Terendah Terbaru 8 Minggu!

226

Carta harga GBP/JPY memberi isyarat untuk penurunan lebih lanjut harga dengan kedua-dua mata wang Pound dan Yen turut menjadi tumpuan pelabur di penghujung minggu.

Sesi Eropah pada dagangan Khamis semalam diterbitkan beberapa data ekonomi UK dengan perhatian pada bacaan pertumbuhan ekonomi UK pada suku pertama 2022 menyaksikan angka yang menurun menambahkan tekanan buat dagangan Pound.

Sementara Yen pula dilihat bersama dengan mata wang safe-haven yang lain untuk mengukuh dalam pasaran berikutan sentimen pasaran yang berisiko dengan situasi penjualan panik yang berlaku termasuk pada pasaran saham dan kripto, membuatkan pelabur beralih ke arah pelaburan lebih selamat.

Oleh itu, penganalisis pasaran melihat sebagai petunjuk kecenderungan untuk harga susut lebih rendah lagi berkemungkinan bersambung sehingga dagangan minggu berikutnya.

Pada minggu ini, harga pada carta GBP/JPY dilihat membuat penurunan selepas mendatar di bawah zon rintangan 162.00 yang diuji pada awal minggu.

Menuju ke penghujung minggu, harga kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam, memberi isyarat pergerakan trend bearish.

Sehingga dagangan Khamis semalam, harga telah susut mencecah paras 155.600 sebelum peningkatan semula harga bersambung pada Jumaat menguji paras 157.700.

Penurunan lebih rendah jika diteruskan bakal melepasi support 155.600 dengan sasaran penurunan selanjutnya untuk menuju sekitar 153.00 untuk mencatatkan paras terendah terbaru 8 minggu.

Namun harga meningkat lebih tinggi di atas paras rintangan 157.700 dan melepasi halangan MA50, pelabur akan menilai sebagai isyarat awal untuk perubahan trend berlaku.

Kenaikan semula harga dilihat akan kembali menguji zon rintangan 162.00 setelah harga susut di bawah paras tersebut pada dagangan awal Mei ini.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat