Pembukaan dagangan awal minggu ini menyaksikan pergerakan perlahan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD selepas mengharungi perjalanan mengujakan sepanjang minggu lalu.
Pound positif catatkan paras ketinggian terbaru minggu lalu berbanding US dolar ke paras tertinggi sejak April ketika raja mata wang itu alami kemerosotan susulan data-data yang diterbitkan.
Menjelang mesyuarat FOMC minggu hadapan, pelabur akan berhati-hati terhadap pergerakan US dolar minggu ini dengan beberapa data ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan dipantau.
Pound bakal dipengaruhi oleh terbitan data inflasi UK pada Rabu yang akan memberi bayangan penetapan dasar monetari oleh bank pusat untuk mesyuarat dasar terbaru.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-usd-tak-bergerak
Meneliti carta GBP/USD, harga yang mencapai ketinggian 1.31400 minggu lalu, kembali bergerak mendatar di bawah paras 1.31000 di awal minggu ini.
Harga yang juga telah berada semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut memberi petunjuk awal untuk penurunan harga bakal berlaku.
Sekiranya harga tidak berada semula di atas paras 1.31000, penurunan harga berkemungkinan akan diteruskan ke paras lebih rendah menuju kembali sekitar 1.30000.
Menyambung penurunan lanjut akan menjangkakan harga untuk mencecah sekitar 1.29000 yang merupakan paras tumpuan harga sebelum ini.
Namun, jika harga berjaya melonjak semula di atas paras 1.31000 setelah melepasi halangan MA50, corak kenaikan minggu lalu mungkin akan diteruskan harga semula.
Kenaikan lebih tinggi bakal mengatasi ketinggian minggu lalu sebelum menguji zon rintangan pada 1.32000 pula selain mencatatkan paras ketinggian terbaru lagi.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG