GBP/USD Bakal Tembus $1.2800? Jawapan Akan Ditentukan Oleh NFP

224

Kenaikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD sehingga dagangan Khamis semalam dilihat masih terbantut di bawah zon rintangan harga pada $1.28000.

Zon itu diuji sejak awal minggu ketika harga catatkan paras ketinggian terbaru 12 minggu, namun kenaikan lebih tinggi masih tidak berjaya diteruskan.

Pergerakan mata wang US dolar kekal tidak menentu sepanjang minggu dengan petunjuk seterusnya dinantikan pada laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) sebentar lagi.

Harga yang berlegar di sekitar garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD turut diperhatikan sebagai petunjuk terhadap perubahan trend semasa harga.

Impak besar terhadap pergerakan harga akan dijangkakan pada sesi New York susulan data NFP menjadi petunjuk penting kepada Federal Reserve (Fed) di samping mengundang spekulasi terhadap langkah pemotongan kadar faedah oleh Fed.

Gelora pasaran akan berterusan sehingga ke minggu hadapan dengan data inflasi AS dan mesyuarat FOMC pula akan menjadi tumpuan baru.

Untuk jangkaan pergerakan harga pada carta GBP/USD, sekiranya lonjakan berlaku, harga bakal menembusi zon rintangan 1.28000 sebelum paras ketinggian baru dicatatkan.

Kenaikan harga boleh mencapai sehingga ke sasaran 1.29000 sekiranya US dolar ketara melemah selepas reaksi data diterbitkan.

Sebaliknya jika harga paparkan terjunan selepas gagal melepasi rintangan 1.28000, harga boleh mencecah kembali ke sekitar 1.27000 yang telah berfungsi sebagai sokongan untuk harga beberapa minggu kebelakangan ini.

Jika sokongan tersebut akhirnya dibolosi, harga akan bergerak pada trend bearish yang bakal mensasarkan penurunan menuju paras tumpuan berikutnya pada 1.26000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat