GBP/USD ‘Berehat’ Selepas Terjun 300 Pips Minggu Lalu

288

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD kembali perlahan semula pada penghujung minggu lalu selepas memaparkan aksi yang agresif pada Khamis susulan reaksi terhadap perang yang tercetus antara Rusia dan Ukraine.

Dengan pengukuhan oleh US dolar sebagai safe-haven dan juga penyusutan oleh Pound, harga telah menjunam sekitar 270 pips pada Khamis mencecah paras terendah terbaru 9 minggu sekitar 1.32750.

Namun pada Jumaat, penurunan harga tidak diteruskan dan harga pantul berlegar di sekitar paras 1.40000 sehingga dagangan minggu tersebut berakhir.

Pelabur masih lagi melihat sebagai isyarat trend bearish pada carta GBP/USD ekoran harga kekal berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam, malah harga juga dibuka lebih rendah pada pembukaan pasaran awal minggu ini.

Memulakan dagangan sekitar paras 1.33200, harga menunjukkan peningkatan awal di sesi Asia pagi Isnin sementara pelabur kekal memantau perkembangan krisis Rusia-Ukraine.

Untuk jangkaan penurunan, harga yang turut di bawah zon 1.33000 semula bakal menuju pula ke paras 1.32000 untuk menguji zon support tersebut sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru 10 minggu.

Zon support tersebut telah diuji beberapa kali pada dagangan Disember 2021 lalu namun harga gagal tembusi lebih rendah.

Sementara jika situasi pasaran berubah dan Pound mula mengukuh berbanding US dolar, harga bakal meningkat di atas paras 1.34000 dan melepasi halangan MA50 untuk memberikan petunjuk perubahan trend bullish.

Kenaikan harga seterusnya dilihat akan menuju paras 1.35000 untuk menguji zon SBR (support become resistance) tersebut selepas zon itu berjaya ditembusi pada penurunan ketara harga minggu lalu.

Kenaikan yang berjaya diteruskan kemudiannya akan ke paras 1.357000 atau lebih tinggi lagi bakal menuju semula zon rintangan pada 1.36500 yang menjadi tumpuan pada minggu-minggu sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat