GBP/USD Beri Bayangan Bakal Akhiri Pergerakan Suram?

520

Pada carta harga pasangan matawang GBP/USD, pergerakan harga nampaknya menampilkan percubaan untuk melonjak lebih agresif pada sesi Eropah semalam sebelum dibendung untuk kembali jatuh.

Percubaan kenaikan juga memperlihatkan harga telah berjaya menembusi zon SBR (support become resistance) 1.37000 yang juga merupakan zon permulaan junaman harga pada penghujung September.

Memasuki ke sesi Asia hari ini (Jumaat), pergerakan harga dilihat sedikit meningkat yang berkemungkinan akan sekali lagi menguji zon SBR tersebut menuju ke pembukaan sesi Eropah kelak.

Berikutan matawang USD yang mempersembahkan aksi suram serta kejatuhan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) 10 tahun telah memberi ruang kepada matawang Pound untuk terus mengukuh.

Kebarangkalian yang tinggi bakal melihat harga pada carta GBP/USD untuk menguji zon SBR selanjutnya pada 1.38000 untuk diuji sekiranya corak kenaikan harga yang dipamerkan berjaya diteruskan.

Sekiranya pergerakan harga berjaya mencatat rekod cemerlang untuk capai zon SBR itu, secara tidak langsung ia bakal mencapai paras tertinggi yang terbaharu bagi tempoh masa selama 4 minggu.

Namun jika USD kembali mengukuh, harga dijangka akan menuju semula ke zon RBS (resistance become support) 1.36000 sebelum kemungkinan bakal menguji paras sokongan minggu ini sekitar 1.35700.

Zon RBS yang terendah di paras 1.35000 masih kekal menjadi zon tumpuan untuk diuji sekiranya pergerakan harga terus mempersembahkan aksi penurunan yang lebih rendah.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat