GBP/USD Berlegar Di Paras Tertinggi 2 Minggu, Mampukah Harga Teruskan Kenaikan?

280

Dagangan Pound Sterling berbanding US dolar pada carta GBP/USD kekal berada sekitar paras tertinggi 2 minggu dengan pelabur tetap berhati-hati menantikan perkembangan terbaru isu semasa yang mempengaruhi kedua-dua matawang.

Kenaikan bagi dagangan Pound dilihat tidak berjaya meneruskan momentum pengukuhan untuk mengambil kesempatan di atas penyusutan ketara US dolar.

Pesuruhjaya Perdagangan Kesatuan Eropah (EU), Phil Hogan mengeluarkan kenyataan bahawa Perdana Menteri Boris Johnson berkemungkinan terpaksa melanjutkan tempoh beralihan Brexit melebihi tahun 2020 seperti yang diperkatakan sebelum ini.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta GBP/USD, harga telah mula menunjukkan trend menaik sejak dari minggu lalu.

Harga yang bergerak dari zon support hampir di paras 1.29000 telah melepasi garisan halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) sebelum kenaikan menuju zon SBR (support become resistance) sekitar 1.31000.

Harga bergerak mendatar di paras SBR tersebut bermula dagangan minggu ini iaitu pada Isnin dan bersambung pada hari ini.

Kenaikan harga agak terbatas ekoran faktor ketidaktentuan Brexit yang menghalang untuk harga meneruskan lonjakan lebih tinggi.

Namun jika kenaikan harga berlaku, zon SBR pada paras 1.33000 dilihat bakal menjadi destinasi tumpuan harga yang seterusnya sebelum kenaikan diteruskan menuju zon resistance pada ketinggian 1.3500.

Sebaliknya jika penurunan harga kembali dipamerkan, harga bakal kembali turun semula menuju paras tumpuan 1.30000.

Penurunan lebih rendah akan menguji semula zon support 1.29000 yang gagal ditembusi minggu lalu selepas siri penurunan harga berlaku pada dagangan sebelumnya.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat