GBP/USD Berubah Arah Pacak Semula Ke Paras $1.2200!

430

Pelabur mengenalpasti perubahan trend harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada Khamis semalam setelah corak penurunan dari awal minggu tidak diteruskan.

Selain aktiviti pengambilan untung (profit-taking) pada kebiasaan tempoh di penghujung bulan dan suku tahun, pelabur juga kini berwaspada terhadap risiko ‘government shutdown’ di Amerika Syarikat (AS).

Pada sesi New York semalam diterbitkan bacaan akhir bagi pertumbuhan ekonomi AS untuk suku kedua.

Bacaan kekal di paras 2.1% meleset berbanding ramalan untuk meningkat pada 2.2% dan menambah tekanan buat pergerakan semasa US dolar.

Penurunan harga pada carta GBP/USD yang hampir mencecah paras 1.21000 pada Rabu lalu menyaksikan corak yang berbeza pada Khamis semalam apabila harga melantun hingga ke paras tumpuan 1.22000 semula.

Pergerakan harga mendatar di zon 1.22000 di sesi Asia pagi ini (Jumaat), namun kenaikan yang telah melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut memberi isyarat perubahan trend bullish.

Jadi, kenaikan lebih tinggi akan dijangka untuk diteruskan menuju paras tumpuan sebelum ini iaitu sekitar 1.23000.

Jika momentum kekal kukuh, kenaikan yang bersambung boleh mencapai sehingga zon 1.24000 semula.

Sebaliknya jika lantunan semalam hanya seketika, harga berkemungkinan gagal bertahan di aras paras 1.22000 dan alami penurunan semula.

Jatuh di bawah paras MA50 akan menjangkakan zon 1.21000 bakal diuji harga dan reaksi harga di sekitar itu akan diperhatikan.

Jika tembus lebih rendah, harga akan catatkan paras terendah terbaru dengan sasaran seterusnya beralih ke sekitar 1.2000 pula.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat