GBP/USD ‘Bullish’ Selepas Data CPI UK Diterbitkan?

215

Pergerakan harga di carta pasangan mata wang GBP/USD pada Selasa semalam dilihat kembali jatuh semula di bawah paras 1.22000.

Indeks purata pendapatan 3 bulan di UK diterbitkan pada sesi Eropah semalam menyaksikan penurunan ke paras 8.1% berbanding ramalan 8.3%.

Kejatuhan harga berlaku di sesi Eropah diteruskan pada awal sesi New York ketika data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) diterbitkan telah mengukuhkan US dolar seketika.

Namun, pengukuhan tidak dapat dikekalkan apabila US dolar kembali bergerak lemah sehingga ke penghujung sesi dan harga telah melantun semula naik ke paras 1.22000.

Tumpuan hari ini (Rabu) terarah pada data inflasi UK diterbitkan pada awal sesi Eropah menyaksikan reaksi mata wang Pound yang positif.

Dijangka untuk turun kepada 6.6%, bacaan inflasi tahunan UK pada September dilihat kekal di paras 6.7% seperti bulan sebelumnya.

Ini akan semakin menyukarkan bank pusat untuk terus mengetatkan dasar monetari tapi dalam waktu yang sama ingin mengimbangi kestabilan ekonomi.

Harga pada carta GBP/USD yang bergerak perlahan di sesi Asia telah mula membuat kenaikan cuba melepasi paras 1.22000 di awal sesi Eropah.

Turut menjadi isyarat bullish apabila harga membuat kenaikan melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Kenaikan lebih tinggi dipercayai akan menuju sasaran 1.23000 hingga 1.23300 yang merupakan zon tumpuan diuji pada minggu lalu.

Namun sebaliknya jika harga menjunam di bawah paras 1.22000 semula, penurunan harga akan menuju ke sekitar 1.21000 dengan reaksi di sekitar itu akan diperhatikan.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat