Pergerakan carta harga pasangan mata wang GBP/USD menarik diperhatikan pada penghujung minggu lalu.
Penurunan harga yang berlaku dilihat menguji paras 1.21000, namun dua hari berturut-turut harga melantun naik semula.
Mata wang Pound didagangkan suram, namun tidak alami penyusutan ketara berikutan US dolar juga hilang momentum pengukuhan susulan ucapan bernada dovish oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell minggu lalu.
Data PMI pembuatan dan perkhidmatan UK dan AS akan diperhatikan pada Selasa dan dilihat akan memacu arah pergerakan harga semasa.
Juga data pertumbuhan ekonomi AS untuk bacaan awal di suku ketiga 2023 akan diterbitkan pada Rabu serta menjadi salah satu indikator penting untuk Fed menentukan dasar monetari.
Pada Jumaat lalu, harga yang telah melantun kembali dari paras 1.21000 telah menutup dagangan di sesi terakhir sekitar 1.21600.
Harga perlahan di sekitar tersebut menyambung pada pembukaan pasaran awal minggu ini namun dilihat berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu, menandakan isyarat masih bullish buat harga.
Sekiranya kenaikan dilakukan, harga akan menguji kembali paras rintangan pada 1.22000 yang beberapa kali diuji dan menahan harga daripada terus naik minggu lalu.
Sekiranya paras tersebut akhirnya ditembusi minggu ini, kenaikan harga bakal diteruskan menuju sasaran berikutnya pada 1.23000.
Namun jika sebaliknya yang berlaku, penurunan harga akan kembali ke paras 1.21000 untuk mengujinya sekali lagi minggu ini.
Jika harga sudah tembus ke bawah, zon sekitar 1.20500 dilihat sebagai sasaran untuk dituju yang merupakan zon tumpuan pada awal Oktober.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG