Seperti dijangkakan penganalisis, pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD telah mencecah zon 1.31000 ketika corak penurunan dilanjutkan semalam.
Harga memberi reaksi ketika data tinjauan ISM sektor pembuatan Amerika Syarikat (AS) diterbitkan menyaksikan sedikit pengukuhan berlaku ke atas mata wang US dolar.
Kenaikan awal yang dipamerkan pada awal sesi New York tidak berjaya diteruskan harga apabila dibataskan oleh garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD yang kekal memberi isyarat pergerakan bearish.
Namun, harga yang mencecah zon 1.31000 untuk catatkan paras terendah yang walau bagaimanapun tidak melanjutkan penurunan lebih rendah.
Sebaliknya harga mendatar menguji zon tersebut sehingga dagangan bersambung ke sesi Asia pagi ini (Rabu).
Tempo pergerakan harga dilihat masih dalam keadaan berhati-hati ketika pelabur menantikan beberapa data penting yang akan menilai sektor pekerjaan di AS minggu ini.
Sekiranya data-data diterbitkan menyokong pengukuhan US dolar, harga bakal ditekan lebih rendah di bawah zon 1.31000 untuk meneruskan pergerakan bearish sebelum ini.
Lanjutan penurunan harga dijangkakan untuk menuju pula zon tumpuan berikutnya sekitar 1.30000.
Sebaliknya jika harga berjaya bertahan di atas zon 1.31000, isyarat perubahan arah harga akan diperhatikan dengan pergerakan di atas garisan MA50 semula akan menjadi petanda awal.
Kenaikan lebih tinggi jika berlaku akan mensasarkan kepada zon 1.32000 sebagai rintangan terhampir untuk diuji.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG