GBP/USD Dah Lonjak Ke Paras Tertinggi 11 Minggu!

187

Pound Sterling dinilai mempunyai potensi yang positif untuk mengekalkan pengukuhan berbanding US dolar pada minggu ini.

Ini berikutan jangkaan terhadap kadar inflasi UK pada bacaan data yang bakal diterbitkan minggu ini untuk meningkat lebih tinggi, mengekalkan inflasi di paras tertinggi 40 tahun.

Justeru, situasi ini dilihat akan terus mendorong bank pusat England (BOE) untuk meneruskan pengetatan dasar monetari selepas menaikkan kadar faedah terbaru sebanyak 75 mata asas pada mesyuarat awal November ini.

Selain itu, laporan data pekerjaan UK juga akan diberi tumpuan pada Selasa.

Sementara, US dolar kekal bergerak lemah susulan tercetus kembali jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) akan mula memperlahankan pengetatan dasar ekoran laporan pekerjaan NFP dan inflasi AS yang menurun.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD telah menyaksikan kenaikan harga mencapai paras tertinggi 11 minggu berikutan penyusutan berterusan US dolar minggu lalu.

Setelah harga melonjak melepasi zon rintangan 1.16000-1.16500, pada Jumaat harga telah mencatatkan kenaikan harian sekitar 200 pips mencapai paras tertinggi di penghujung sesi akhir pada 1.18500.

Namun, memulakan dagangan di awal minggu ini, harga dibuka sedikit rendah untuk berlegar di zon 1.18000 di sesi Asia.

Walaupun menunjukkan sedikit penurunan, namun pergerakan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD masih menjangkakan harga untuk menyambung kenaikan pada trend bullish.

Kenaikan jika diteruskan dijangka untuk menguji zon rintangan pada 1.19000 sebelum menuju pula ke sasaran 1.2000 mencatat paras tertinggi sejak penghujung Ogos.

Namun, jika harga mula menjunam semula minggu ini, harga bakal menuju semula ke 1.16500-1.16000 untuk menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Penurunan lebih rendah selepas perubahan trend bearish akan dijangkakan menuju pula sekitar 1.15000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat