Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD masih dalam trend bullish dan dijangka paras ketinggian terbaru harga akan dicatatkan pada minggu yang baru ini.
Pada penutup sesi terakhir minggu lalu, harga telah paparkan peningkatan semula berbanding pergerakan mendatar beberapa hari sebelumnya di sekitar zon 1.24000.
Sebelum itu, lonjakan bertenaga harga telah dipaparkan susulan reaksi pada data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan, namun harga susut semula berikutan data inflasi UK memperlahankan prestasi Pound.
Jangkaan pergerakan trend bullish akan dikekalkan harga pada minggu ini yang dilihat kekal berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.
Untuk situasi tersebut berlaku, US dolar perlu bergerak lemah seperti minggu lalu selain terdapat faktor tambahan yang menyokong Pound untuk semakin pulih.
Harga menutup dagangan minggu lalu di paras sekitar 1.24600 sebelum corak kenaikan harga dilihat diteruskan lagi pada sesi Asia di pembukaan minggu ini.
Paras 1.25000 semakin dihampiri harga untuk diuji setelah harga telah melonjak ke paras tersebut minggu lalu namun gagal untuk menembusinya.
Sekiranya corak kenaikan berjaya dikekalkan dan harga akhirnya berjaya melepasi rintangan itu, paras ketinggian terbaru bakal dicatatkan.
Sasaran untuk kenaikan lebih tinggi harga bakal mensasarkan pada zon tumpuan berikutnya sekitar 1.26000.
Namun tidak mustahil untuk pelabur menyaksikan penurunan semula harga pada minggu ini jika situasi berbeza dari minggu sebelumnya.
Harga berkemungkinan hampiri semula zon 1.24000 atau tembus lebih rendah ke bawah sebelum beri isyarat perubahan trend bearish.
Penurunan lanjut harga seterusnya dilihat akan mencecah sekitar 1.23000 atau 1.22000 untuk harga uji semula paras-paras tumpuan harga terdahulu.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG