Data inflasi UK yang diterbitkan pada sesi Eropah semalam dilihat gagal untuk menyokong pengukuhan bagi mata wang Pound.
Kadar inflasi pada September kekal di paras 6.7%, meleset berbanding ramalan untuk turun kepada 6.6%.
Pound papar kenaikan pada awal data diterbitkan, namun gagal diteruskan dan didagangkan lemah semula bersambung pada sesi berikutnya.
Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD melihatkan paras 1.22000 kekal menjadi rintangan kental buat harga yang masih gagal untuk ditembusi.
Harga menguji paras tersebut di sesi Eropah semalam, namun kembali berundur turun semula sebelum pengukuhan US dolar di sesi berikutnya menekan harga jatuh lebih rendah.
Menjadi isyarat perubahan trend bearish harga apabila harga mula bergerak di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut dan susut ke sekitar 1.21400.
Corak penurunan perlahan dipamerkan pada sesi Asia pagi ini (Khamis), dengan jangkaan zon 1.21000 bakal menjadi sasaran untuk diuji.
Jika zon tersebut berjaya ditembusi, harga akan meluncur lebih rendah menuju zon tumpuan di awal Oktober iaitu sekitar 1.20500.
Sebaliknya, jika harga papar kenaikan semula, selepas melepasi halangan MA50 akan menguji kembali zon rintangan 1.22000.
Setelah rintangan kental itu akhirnya berjaya dibolosi, barulah harga akan meneruskan kenaikan lebih tinggi dengan jangkaan mencapai sekitar 1.23000.
Ini adalah zon rintangan yang menjadi tumpuan pada minggu lepas, dan penganalisis menjangka bakal ada reaksi menarik harga pada zon tersebut.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG