GBP/USD Gagal Sambung Naik Lepas Capai Paras Tertinggi Terbaru 10 Bulan!

129

Pound berjaya menutup dagangan minggu lalu lebih cemerlang berbanding US dolar apabila berjaya meningkat ke paras tertinggi terbaru sejak Jun 2022.

Namun momentum positif tersebut gagal dikekalkan pada awal minggu semalam dengan memulakan pembukaan dagangan Mei lebih suram.

US dolar kukuh pada sesi New York semalam selepas data tinjauan ISM bagi sektor pembuatan Amerika Syarikat (AS) yang positif, namun penganalisis memberi amaran supaya pelabur berwaspada dengan pergerakan pasaran yang tak menentu menjelang mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis nanti.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam, harga telah turun kembali ke zon tumpuan 1.25000 yang dilihat sebagai zon RBS (resistance become support) buat harga.

Penurunan yang berlaku dilihat meredakan semula lonjakan bertenaga yang dipaparkan pada dagangan penutup penghujung minggu lalu yang mencapai ketinggian 1.25800.

Isyarat bearish diperhatikan setelah harga mula bergerak susut di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.

Menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Selasa), harga mendatar perlahan di bawah paras 1.25000 dengan jangkaan penurunan lanjut akan diteruskan.

Penurunan seterusnya dilihat akan menuju ke sekitar 1.24000 yang sebelum ini merupakan zon sokongan buat harga.

Namun, penganalisis memberi amaran bahawa US dolar boleh mengalami penyusutan semula pada bila-bila masa sahaja ekoran jangkaan terhadap dasar monetari Fed yang menuju ke arah yang lebih longgar.

Penyusutan semula US dolar boleh melonjakkan kembali harga naik dari zon 1.25000 dan melepasi halangan MA50 untuk mencetus isyarat awal perubahan trend bullish.

Kenaikan bakal diteruskan kembali untuk menuju zon rintangan pada 1.26000 setelah mencabar paras ketinggian dicapai minggu lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat