GBP/USD Hampiri Support $1.2600, Berisiko Jatuh Lebih Rendah

171

Corak penurunan harga telah dipaparkan semula pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada Rabu semalam apabila kenaikan di awal minggu gagal diteruskan.

Setelah isyarat awal pengukuhan semula US dolar yang tercetus pada Selasa lalu, penganalisis telah menjangkakan US dolar akan bergerak positif dalam pasaran disokong oleh kenyataan yang kekal hawkish oleh ahli-ahli Federal Reserve (Fed) terhadap dasar monetari mereka.

Kini petunjuk seterusnya akan tertumpu kepada data indeks harga PCE Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, namun pelabur akan memberi perhatian dahulu pada data pertumbuhan ekonomi AS yang akan diterbitkan di sesi New York malam ini.

Kenaikan harga pada carta GBP/USD di awal minggu singgah di paras 1.27000 namun tidak berjaya naik lebih tinggi melepasinya.

Setelah mendatar seketika, harga mula paparkan penurunan hingga sesi New York semalam mencecah paras terendah 1.26200.

Pergerakan harga menunjukkan isyarat bearish yang berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu.

Pergerakan harga perlahan menyambung dagangan sesi Asia pagi ini (Khamis), dan dilihat menghampiri zon support tumpuan pada 1.26000.

Jika US dolar berjaya mengekalkan pengukuhannya, penurunan lebih rendah harga akan dijangkakan melepasi 1.26000 sebelum catatkan paras terendah terbaru.

Sasaran penurunan harga seterusnya akan beralih pula pada sekitar 1.25000 yang dilihat juga sebagai tumpuan harga.

Sementara, untuk kenaikan semula harga, rintangan adalah pada halangan MA50 dan paras 1.27000 yang diuji di awal minggu.

Jika halangan berikut berjaya dilepasi, harga berpotensi untuk meningkat lebih tinggi untuk kembali menuju semula paras tumpuan terdahulu sekitar 1.28000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat