GBP/USD – Harga Junam Sepanjang Khamis, Cecah Paras $1.2400

214

Peningkatan Pound hanya sementara, pengukuhan US dolar kembali melanyak semula mata wang itu jatuh lebih rendah.

Ini diperlihatkan pada pergerakan harga di carta pasangan mata wang GBP/USD pada dagangan Khamis semalam.

Selain faktor-faktor semasa yang menyokong US dolar dari awal minggu, terbitan data tuntutan faedah pengangguran Amerika Syarikat (AS) semalam juga turut memberi sokongan.

Setelah melantun dari zon 1.25000 sebelum ini, harga menunjukkan corak penurunan sepanjang dagangan semalam sehinggalah ke penghujung sesi New York.

Menariknya, harga telah mencecah paras tumpuan pada 1.24000 yang ini menjadi support semasa buat harga.

Pergerakan harga perlahan di sekitar tersebut menyambung dagangan pada pembukaan sesi Asia pagi ini (Jumaat).

Namun pergerakan harga yang kekal di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) memberi indikasi trend yang masih bearish.

Seterusnya, jika penurunan diteruskan harga dilihat akan menuju ke sasaran yang lebih rendah sekitar 1.23000 untuk rekod terendah terbaru 6 minggu.

Sebaliknya jika berlaku lonjakan semula, penganalisis menjangkakan paras 1.25000 akan kembali menjadi tarikan buat harga semula.

Buat ketika ini, paras tersebut kekal menjadi rintangan terhampir buat pergerakan harga.

Sekiranya berjaya ditembusi, harga bakal meneruskan pendakian lebih tinggi ke sekitar 1.25400 sebelum mencapai paras sasaran pada 1.26000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat