Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat bergerak lebih mendatar pada pembukaan awal minggu ekoran kedua-dua mata wang Pound dan US dolar dipacu oleh unjuran dasar monetari bank pusat masing-masing.
Federal Reserve (Fed) dilihat sedang didesak untuk menurunkan kadar faedah pada mesyuarat September nanti selepas laporan pekerjaan NFP yang diterbitkan minggu lalu catat bacaan yang merosot bagi Julai.
Sementara, Bank of England (BOE) pada minggu lalu telah memulakan langkah pemotongan kadar faedah pertamanya yang dilihat memberi tekanan kepada Pound.
Berlaku penurunan harga pada carta GBP/USD semalam, namun harga melantun apabila menghampiri zon 1.27000 yang dilihat sebagai support penting buat harga.
Penurunan tidak diteruskan ekoran US dolar juga bergerak susut dalam pasaran mendorong lantunan berlaku dengan harga kembali ke sekitar 1.28000.
Walaupun pergerakan harga masih dalam trend bearish, namun harga yang bergerak di atas garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu memberi isyarat awal untuk permulaan trend bullish berlaku.
Sekiranya harga berjaya melonjak dari zon 1.28000, kenaikan lebih tinggi seterusnya bakal menuju sekitar 1.29000 untuk menguji rintangan tersebut.
Jika tembus lebih tinggi, kenaikan harga boleh mencapai sehingga 1.30000 selepas menunjukkan isyarat pergerakan bullish yang lebih jelas.
Sebaliknya jika harga ditekan jatuh, zon support 1.27000 menjadi kawasan kritikal yang akan diperhatikan untuk menentukan arah harga selanjutnya.
Jika zon tersebut gagal untuk melantunkan harga, penurunan lebih rendah yang menembusi support tersebut akan mendorong harga catatkan paras terendah terbaru 5 minggu dengan sasaran akan beralih kepada 1.26000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG