GBP/USD Junam 180 Pips Di Penghujung Minggu Lalu

222

US dolar dilihat bergerak lebih kukuh berbanding Pound pada dagangan sesi Eropah penghujung minggu lalu untuk mempamerkan pergerakan menarik pada carta harga di sesi-sesi terakhir.

Indeks dolar menyusut semula ke paras terendah pada sesi dagangan Jumaat lalu sehingga ke paras 105.53 sementara hasil bon kerajaan AS 10 tahun juga turut pamer penurunan.

Data indeks harga perbelanjaan peribadi pengguna (PCE) Amerika Syarikat (AS) menunjukkan peningkatan kepada 0.6%, meningkat berbanding jangkaan 0.5% menyokong pengukuhan US dolar ketika data diterbitkan, namun US dolar susut semula pada penutup dagangan minggu tersebut.

Setelah pretasi suram untuk beberapa minggu, pergerakan bagi mata wang Pound akan lebih menarik pada minggu ini sementara pelabur menantikan keputusan mesyuarat polisi Bank Of England (BOE) pada Khamis. BOE dijangka bakal membuat kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas untuk mesyuarat terbaru.

Memerhatikan pergerakan harga bagi pasaran mata wang GBP/USD pada Jumaat lalu, harga pada mulanya menunjukkan peningkatan mencatatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu sekitar 1.22400 namun harga menjunam semula di sesi Eropah dengan penurunan harian sekitar 180 pips dicatatkan.

Harga yang susut ke paras sekitar 1.20700 kemudiannya melantun semula sebelum menutup dagangan sesi terakhir tersebut di sekitar paras 1.21800.

Peningkatan semula harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD memberi isyarat untuk harga menyambung corak pergerakan bullish sebelum ini.

Untuk jangkaan kenaikan lebih tinggi yang bakal dieruskan pada awal minggu ini, halangan pada 1.22000 bakal ditembusi untuk harga meneruskan peningkatan seterusnya menuju sasaran zon 1.23000 dan mencatatkan ketinggian terbaru bagi 5 minggu mengatasi ketinggian dicapai pada Jumaat lalu.

Untuk sasaran lebih tinggi, zon ketinggian pada 1.2400 menanti untuk dicapai harga sekiranya trend bullish berjaya dikekalkan.

Sebaliknya, jika harga memamparkan penurunan semula dan memberikan isyarat berlakunya perubahan trend bearish selepas jatuh di bawah paras MA50, harga bakal menguji zon RBS 1.21000 terlebih dahulu sebelum menunjukan corak penurunan yang lebih ketara.

Seterusnya, penurunan harga yang lebih rendah harga bakal menguji pula zon tumpuan pada 1.20000 sebelum mencatatkan paras terendah terbaru 2 minggu.

Lihat pada gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat