Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada Rabu semalam dilihat berlegar di zon terendah dalam tempoh dagangan 5 minggu.
Dengan suasana pasaran global yang tak menentu, pergerakan harga mendatar di zon 1.27000 namun dilihat masih bergerak dalam trend bearish.
Penurunan harga yang diteruskan pada Selasa tidak berjaya diteruskan apabila harga ‘berehat’ seketika sementara pelabur memerhati reaksi harga yang terjadi pada sekitar 1.27000 itu.
Kenaikan harga yang cuba dilakukan juga terhalang oleh garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut yang masih memberikan isyarat bearish buat pergerakan bearish.
Harga perlahan di bawah zon 1.27000 menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Khamis) dengan jangkaan kecenderungan untuk harga melanjutkan lagi penurunan lebih rendah.
Jika situasi itu terjadi, penurunan harga dijangka untuk mencecah pula 1.26000 untuk mencatatkan paras terendah terbaru.
Namun jika harga pamerkan lonjakan di atas zon 1.27000 dan menembusi halangan MA50, akan menjadi isyarat bagi perubahan trend harga.
Kenaikan harga seterusnya akan menguji pula zon rintangan pada 1.28000 yang menjadi penghalang harga pada dagangan Selasa lalu.
Pergerakan bullish lebih jelas harga boleh mendorong harga mencapai hingga 1.29000 atau lebih tinggi selepas itu.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG