GBP/USD Kekal Corak Menaik, Tumpuan Terarah Pada Mesyuarat BOE!

193

Peningkatan harga kekal berlaku pada carta pasangan mata wang GBP/USD Rabu semalam walaupun data inflasi UK diterbitkan dengan bacaan menurun semalam.

Menjadi tumpuan di sesi Eropah semalam, indeks harga pengguna (CPI) UK menepati ramalan untuk menurun ke paras 2.0% namun Pound menunjukkan reaksi yang positif dengan peningkatan selepas data diterbitkan.

Selain itu juga, ruang lebih terbuka untuk Pound ketika US dolar bergerak mendatar semalam ekoran pasaran Amerika Syarikat (AS) bercuti.

Peningkatan Pound walau bagaimanapun dilihat terhad dan kembali mengendur menyambung dagangan di sesi New York.

Pelabur mengambil langkah berjaga-jaga untuk menantikan dahulu keputusan mesyuarat polisi Bank of England (BOE) hari ini dengan ramalan pasaran adalah kadar faedah dikekalkan di paras 5.25%.

Namun, dengan kadar inflasi yang menunjukkan penurunan semalam, adakah BOE akan membuat kejutan untuk menurunkan kadar faedah seperti yang dilakukan bank pusat Eropah (ECB) tempoh hari?

Meneliti carta GBP/USD, harga yang mendatar di paras 1.27000 di sesi Asia semalam kemudiannya paparkan peningkatan di sesi Eropah ke paras ketinggian 1.27400.

Harga kembali susut ke sekitar 1.27200 pada penutupan sesi New York dan mendatar di sekitar itu menyambunga dagangan sesi Asia pagi ini (Khamis).

Harga juga dilihat masih berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu yang menunjukkan isyarat pergerakan bullish.

Corak kenaikan jika diteruskan lagi hari ini berkemungkinan akan mengatasi paras semalam sebelum menuju zon tumpuan pada 1.28000.

Namun, jika reaksi mesyuarat BOE sebentar lagi menekan harga jatuh di bawah paras 1.27000, ini akan menjadi amaran untuk perubahan kepada corak penurunan harga pula.

Tumpuan terhampir adalah pada paras sokongan semasa minggu lalu sekitar 1.26600 sebelum harga yang melanjutkan penurunan bakal mensasarkan kepada zon 1.26000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat