Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD menunjukkan momentum yang semakin perlahan, namun dilihat masih bergerak dalam trend bearish.
Paras terendah terbaru harga telah dicecah pada Isnin lalu hampir menyentuh 1.28000 sebelum berlaku lantunan semula.
Pergerakan bagi kedua-dua mata wang Pound dan US dolar berisiko menjelang mesyuarat bank pusat masing-masing pada Khamis.
Tumpuan utama akan terarah kepada mesyuarat FOMC sementara bank pusat England (BOE) pula dijangka akan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.
Pada Selasa semalam, harga bergerak dalam julat rendah sekitar 40 pips di antara paras 1.28600-1.28200.
Kenaikan harga dilihat terhalang oleh garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu yang memberi isyarat untuk trend kekal bearish.
Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Rabu), harga yang bermula di sekitar 1.28260 menunjukkan kenaikan perlahan ke paras 1.28500 dan menguji halangan MA50.
Sekiranya garisan MA50 tersebut gagal dilepasi, harga cenderung untuk menyambung corak penurunan semula dan menuju ke zon 1.28000.
Penurunan lebih rendah juga tidak mustahil untuk berlaku selepas reaksi kepada keputusan mesyuarat polisi, menjangkakan sasaran pada 1.27000 bakal dicecah harga.
Sebaliknya jika berlaku lonjakan semula, setelah melepasi halangan MA50 akan melihatkan harga membuat kenaikan untuk menguji kembali rintangan pada 1.29000.
Kenaikan lebih tinggi selepas isyarat perubahan trend bullish akan mendorong harga menuju sehingga ketinggian sekitar 1.30000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG