Tahukah anda berapa pips harga terjun pada carta GBP/USD semalam? 200 pips!
Mengubah arah pergerakan harga sebelum ini, penurunan drastik telah berlaku berikutan faktor pengukuhan US dolar yang ketara di sesi New York semalam.
Ini disebabkan oleh reaksi pasaran terhadap data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan semalam menyaksikan bacaan awal pertumbuhan suku kedua melonjak atasi ramalan dan suku sebelumnya.
Ini dilihat menyokong kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada mesyuarat FOMC yang melihat kenaikan kadar faedah masih boleh diteruskan lagi.
Dengan keyakinan pasaran terhadap US dolar, mata wang Pound gagal menahan asakan tersebut menyaksikan harga jatuh ke paras terendah 2 minggu.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-meroket-gold-terjun
Sebelum itu, corak kenaikan harga yang dipaparkan sehingga ke sesi Asia semalam telah hampir menyentuh paras tumpuan 1.30000.
Kemudiannya harga berpatah arah menjunam turun melepasi 1.29000 dan mencecah semula paras sokongan minggu lalu iaitu 1.28000.
Kejatuhan jelas harga yang bergerak di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu semula, akan menjangkakan penurunan lebih rendah diteruskan.
Paras 1.27000 dilihat sebagai sasaran berikutnya dengan potensi menjadi support sekaligus harga juga akan catatkan paras rendah yang baru.
Namun jika harga melonjak naik semula di atas paras 1.28000, kenaikan harga berkemungkinan boleh menuju semula 1.29000 untuk diuji.
Melepasi halangan-halangan berikut, harga akan kembali semula ke zon tumpuan 1.30000 yang masih belum berjaya ditembusi semalam.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG