GBP/USD Kembali Menurun Selepas Gagal Teruskan Kenaikan Sesi Eropah

328

Pengukuhan yang dipamerkan oleh matawang Pound pada dagangan sesi Eropah semalam gagal bertahan lama apabila harga kembali mencatatkan penurunan semula dan bergerak lemah pada sesi pasaran New York.

Keyakinan terhadap dagangan Pound meningkat apabila jangkaan optimis pasaran untuk Perdana Menteri Boris Johnson bersama Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von de Leyen dan juga Ketua Perunding Brexit, Michel Barnier mengadakan pertemuan semalam.

Namun, Ursula telah mengatakan bahawa tempoh waktu tidak mencukupi untuk perjanjian baru antara Britain dan Kesatuan Eropah (EU) disempurnakan pada penghujung 2020 dalam ucapannya.

Susulan tersebut, dagangan Pound kembali menyusut.

Melihatkan pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD, harga membuat kenaikan pada sesi Eropah semalam ke paras ketinggian 1.31700 sebelum harga kembali turun lebih rendah di bawah garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Penurunan terendah harian semalam mencecah paras 1.30800 sebelum kenaikan harga menguji semula MA50. Harga bergerak mendatar sehingga sesi New York berakhir.

Dagangan yang bersambung pada sesi Asia hari ini masih memperlihatkan pergerakan perlahan harga pada carta GBP/USD dengan harga masih berlegar di zon tumpuan 1.31000.

Pasaran kini menantikan kenyataan lebih lanjut oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk perkembangan terbaru berhubung konflik bersama Iran.

Harga boleh meneruskan penurunan lebih rendah menguji support minggu lalu sekitar 1.30600 sebelum penurunan seterusnya menguji paras tumpuan 1.30000.

Zon support sekitar 1.29100 turut akan menjadi tumpuan harga jika penurunan harga terus berlaku.

Sebaliknya jika harga membuat kenaikan, paras resistance pada ketinggian 1.32000 akan diuji untuk harga teruskan kenaikan lebih tinggi.

Seterusnya, zon resistance sekitar 1.32800 yang dicapai pada dagangan penghujung Disember 2019 akan menjadi destinasi kenaikan lebih tinggi harga.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat