GBP/USD Lanjutkan Corak Penurunan, Data Inflasi UK Jadi Tumpuan

429

Laporan data pekerjaan UK yang diterbitkan pada Selasa semalam dinilai catat bacaan yang baik, namun gagal untuk menyuntik pengukuhan Pound dalam pasaran.

Pelabur Pound berkemungkinan sedang menantikan data inflasi tahunan UK yang bakal menjadi tumpuan pada sesi Eropah hari ini (Rabu) dengan ramalan kadar inflasi bakal meningkat.

Namun, sejak awal minggu, Pound terus pamerkan prestasi suram berbanding US dolar setelah menutup dagangan minggu lalu yang cemerlang.

US dolar yang kembali rancak mencatatkan pengukuhan dipengaruhi oleh peningkatan hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) telah memberi tekanan terhadap kebanyakan mata wang utama lain dalam pasaran termasuk Pound.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga dilihat telah menjunam sekitar 160 pips dari paras ketinggian yang dicapai minggu lalu sehingga ke sesi New York semalam.

Penurunan dari zon harga 1.37400 telah menjejaki semula zon 1.36000 untuk petunjuk permulaan trend bearish yang mungkin telah bermula.

Pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam turut memberi jangkaan untuk penurunan lebih lanjuta harga bakal berlaku.

Penurunan lebih rendah dijangkakan menuju ke paras tumpuan sebelum ini sekitar 1.35000 atau lebih rendah lagi menuju 1.34000 jika US dolar kekal kukuh menekan harga.

Sebaliknya jika Pound kembali mendapat rentak pengukuhan semula berkemungkinan daripada reaksi positif data inflasi boleh membuatkan kenaikan harga berlaku semula.

Kenaikan harga dilihat akan menguji paras 1.36500 pada zon SBR (support become resistance) sebelum memberi isyarat perubahan trend bullish semula.

Kenaikan seterusnya bakal menguji zon ketinggian 1.37400 yang dicapai minggu lalu setelah merekodkan paras tertinggi 11 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat