GBP/USD Lantun 100 Pips Uji Zon Rintangan $1.2800!

82

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dinilai masih ingin mengekalkan corak menaik selepas berdepan risiko kejatuhan harga sebelum ini.

Jika diperhatikan, paras 1.27000 kekal menjadi sokongan kental buat harga setelah diuji beberapa minggu sebelum ini termasuk di awal minggu semalam.

Penurunan harga berlaku di sesi Eropah semalam menyentuh paras 1.27000 sebelum harga kemudiannya melantun naik mencatatkan kenaikan sekitar 100 pips.

Kenaikan tersebut telah didorong oleh reaksi pasaran terhadap data tinjauan ISM pembuatan Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan di sesi New York semalam yang mengakibatkan penyusutan ketara ke atas US dolar.

Justeru, ini telah mendorong harga melonjak hingga ke paras 1.28000 dan harga mendatar di sekitar zon rintangan itu menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Selasa).

Dengan isyarat bullish yang masih diperhatikan, harga dilihat cenderung untuk meneruskan pendakian lebih tinggi untuk catatkan paras ketinggian terbaru 12 minggu.

Sasaran seterusnya untuk dicapai harga adalah pada ketinggian 1.29000 yang merupakan zon rintangan tumpuan pada dagangan Mac lalu.

Sebaliknya jika corak kenaikan tersebut gagal dikekalkan, harga berisiko untuk berpatah arah membuat penurunan semula selepas gagal melepasi 1.28000.

Penurunan harga dijangka akan mencecah semula ke paras 1.27000 untuk sekali lagi menguji zon sokongan itu.

Sekiranya harga tembus ke bawah, akan menjadi isyarat bearish lebih kuat untuk harga dengan jangkaan penurunan lebih rendah bakal berlaku menuju sasaran awal pada 1.26000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat