GBP/USD Main Gila! Hala Tuju Sebenar Masih Tidak Kelihatan

305

Pergerakan harga pada carta GBP/USD tampaknya telah memberi kejutan dengan mencatat kenaikan agresif sehingga menguji semula paras tertinggi 1.38300 pada sesi dagangan Eropah semalam (Selasa).

Lonjakan itu sama sekali terus melenyapkan corak ‘descending triagle’ yang ingin dipamerkan sebelum kembali membuat terjunan setelah terus dikekang di paras tertinggi tersebut pada awal sesi New York.

Namun menuju ke penghujung sesi, trend pergerakan harga dilihat bergerak perlahan dan mendatar sehingga bersambung ke pembukaan sesi dagangan di sesi Asia hari ini (Rabu) menuju ke sesi Eropah.

Ekoran kenyataan Pesuruhjaya Eropah Internal Market, Thierry Breton yang mengulas berkenaan ketidaktentuan Brexit secara tidak langsung terus mengakibatkan tekanan kepada ekonomi UK dan juga mendorong penyusutan nilai Pound.

Selain itu, kegusaran terhadap langkah Bank of England (BOE) untuk membuat ‘tapering’ yang sedikit terbantut juga terus memberi kesan kepada matawang Pound kekal bergerak lemah dan tidak menentu.

Data ekonomi penting mengukur keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) yang mencatat penerbitan positif serba sedikit menjadi antara faktor utama yang telah menyokong pengukuhan matawang USD semalam.

Sekiranya Pound kekal terpalit dengan tekanan untuk terus bergerak lebih lemah berbanding USD, harga dijangka bakal membuat penurunan untuk mencecah semula ke paras rintangan sekitar 1.37400.

Manakala penurunan yang rendah akan menyaksikan junaman drastik sehingga berkemungkinan bakal menjejaki zon RBS (resistance become support) 1.37000 dan memberi isyarat awal untuk trend bearish.

Sebaliknya jika harga mempersembahkan semula aksi cemerlang untuk meningkat lebih tinggi, paras tertinggi 1.38300 masih menjadi paras tumpuan untuk ditembusi berkemungkinan akan sekali lagi diuji.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat