GBP/USD Masih Belum Mengalah Untuk Tembusi Zon $1.4200

609

Prestasi Pound Sterling di awal minggu dilihat kurang cerdas walaupun perkembangan yang semakin baik di UK.

UK melaporkan jumlah pembeli di negara itu meningkat pada kadar 1.1% minggu lalu dengan langkah pelonggaran sekatan pergerakan.

Malah, jabatan kesihatan tempatan juga menyatakan bahawa sekatan boleh dihapuskan pada penghujung Jun berikutan kajian yang menunjukkan vaksin Pfizer dan AstraZeneca memberikan perlindungan yang berkesan ke atas varian virus India yang merebak ke negara itu.

Pound sterling juga dilihat gagal memanfaatkan sepenuhnya situasi penyusutan semula US dolar selepas hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) kembali susut.

Pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga bergerak menurun semalam dengan paras terendah harian mencecah sekitar 1.41200.

Pelabur berhati-hati ekoran harga yang bergerak di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam boleh dijadikan isyarat awal untuk penurunan harga.

Namun penyusutan semula US dolar pada sesi New York menyaksikan harga kembali membuat kenaikan dan menutup dagangan di bawah paras halangan MA50 sekitar 1.41500.

Bersambung pada sesi Asia pagi Selasa, harga telah meneruskan kenaikan melepasi halangan MA50 untuk menuju semula ke zon rintangan 1.42000 yang turut diuji pada minggu lalu.

Jika kenaikan harga berjaya melepasi zon rintangan tersebut, harga dilihat akan menuju ke paras tumpuan 1.43000 untuk mencatatkan paras ketinggian terbaru tahun ini dan juga tertinggi sejak April 2018.

Sebaliknya jika harga paparkan kejatuhan, paras sokongan awal berada pada 1.41000 sebelum penurunan yang diteruskan akan menguji zon RBS (resistance become support) pada 1.4000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat