Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat mendatar pada penutup dagangan September semalam sekaligus mengakhiri suku ketiga tahun 2024 ini.
Kekuatan mata wang US dolar dan Pound agak setara dengan tumpuan pelabur pada sesi New York semalam terarah pada ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell.
Kembali memulihkan sedikit prestasi US dolar, Powell menyuntik kenyataan yang bernada agak hawkish menyentuh berkenaan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan pendapatan peribadi pengguna.
Walaupun jangkaan terhadap pemotongan 50 mata asas pada mesyuarat November berkurangan, Powell turut melihat bahawa bakal berlaku dua lagi penurunan kadar faedah kecil di penghujung 2024 ini.
US dolar yang bergerak positif ketika ini dilihat menghadkan peningkatan nilai buat Pound, namun situasi pasaran boleh berubah pada bila-bila masa.
Beberapa lagi data ekonomi penting akan diberikan perhatian pada minggu ini dengan tumpuan utama adalah pada laporan pekerjaan NFP AS, Jumaat nanti.
Pada carta GBP/USD, dapat diperhatikan pergerakan harga kekal berlegar di sekitar zon 1.34000 semalam menyusuli corak yang dipaparkan pada penutup minggu lalu.
Harga juga ‘bermain’ di sekitar garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut yang diperhatikan pelabur untuk petunjuk arah selanjutnya harga.
Berjaya melantun naik melepasi zon 1.34000 akan melihatkan harga catatkan paras ketinggian terbaru minggu ini yang telah mencapai rekod tertinggi 30 bulan.
Paras ketinggian terbaru akan disasarkan pula sehingga sekitar 1.35000 jika kenaikan berjaya diteruskan.
Sebaliknya jika semakin susut selepas ini, zon terdekat yang bakal dihampiri adalah pada 1.33000 dahulu dengan jangkaan bakal ada reaksi menarik untuk harga paparkan.
Sekiranya tembus lebih rendah ke bawah, isyarat bearish buat harga itu akan mendorong jangkaan untuk zon 1.32000 pula bakal dituju.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG