GBP/USD Melonjak 140 Pips Rekodkan Ketinggian Terbaru Lagi!

620

Pelabur tersentak dengan pengukuhan mendadak mata wang Pound Sterling yang dipamerkan sejak sesi Eropah pada Khamis semalam. Apa yang dah terjadi?

Seperti pandangan penganalisis dalam pasaran sebelum ini, penurunan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD belum cukup untuk mengubah trend kenaikan harga.

Pada awal minggu dapat diperhatikan harga telah menyambung kenaikan pada minggu lalu dengan mencapai paras tertinggi hampir 3 tahun sekitar 1.39500 sebelum susut semula pada hari berikutnya.

Namun penurunan harga berlegar di zon RBS (resistance become support) 1.38300 yang menjadi paras sokongan harga daripada jatuh lebih rendah.

Setelah bergerak perlahan di zon tersebut, sesi Eropah pada Khamis semalam menyaksikan lonjakan semula harga dengan mata wang Pound mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama lain dalam pasaran.

Hal ini didorong oleh kenyataan oleh ahli jawatankuasa bank pusat England yang memberi petunjuk bahawa pilihan untuk melaksanakan kadar faedah negatif dilihat semakin menjauh.

Sektor pekerjaan juga menunjukkan perkembangan yang baik di UK, namun pelabur masih berwaspada terhadap krisis penularan varian virus baru sementara perkembangan imunisasi vaksin terus dipantau.

Harga pada carta GBP/USD semalam telah melonjak sekitar 140 pips hampir mencapai paras pada resistance 1.4000.

Pergerakan harga yang bersambung pada sesi Asia pagi ini perlahan namun masih berlegar di bawah paras 1.4000.

Paras rintangan tersebut dijangka akan ditembusi sekiranya kenaikan harga berjaya diteruskan untuk harga terus memburu rekod tertinggi terbaru sejak 2018.

Namun jika harga membuat terjunan semula, zon RBS 1.38300 akan kembali diuji untuk menghalang kejatuhan lebih rendah harga.

Sekiranya harga berjaya tembusi ke paras lebih rendah, harga dilihat akan menuju zon RBS seterusnya pada 1.37000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat