GBP/USD Meluncur Turun Bawah Paras $1.2500

113

Corak bearish yang lebih jelas telah dipaparkan pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada dagangan Selasa semalam ketika US dolar kembali menemui rentak pengukuhannya semula.

Walaupun pengukuhan tidak begitu ketara, namun cukup untuk membenam Pound jatuh lebih rendah semula minggu ini.

Penyusutan US dolar pada penghujung minggu lalu ketika reaksi data pekerjaan NFP diterbitkan nampaknya tidak diteruskan, sebaliknya US dolar kembali berubah arah untuk memulih.

Penganalisis pasaran menilai fokus sedang kembali diletakkan semula pada dasar monetari Federal Reserve (Fed) dengan pandangan-pandangan ahli Fed yang dilontarkan turut bernada hawkish, senada dengan Pengerusi Jerome Powell.

Situasi ini kembali membuatkan US dolar bergerak kukuh semula, namun risiko untuk melemah semula tetap ada selepas amaran laporan pekerjaan minggu lalu yang merosot.

Meneliti carta GBP/USD, penurunan lebih jelas dipaparkan semalam selepas harga pada awal minggu gagal mencapai kenaikan ke paras 1.26000.

Pergerakan harga berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut menguatkan lagi isyarat untuk harga membuat penurunan yang kemudiannya mencecah sekitar 1.25000 pada penutup sesi New York.

Penurunan harga diteruskan di bawah paras 1.25000 pada sesi Asia pagi ini (Rabu) namun pada tempo pergerakan yang perlahan.

Penurunan lebih rendah akan dijangkakan untuk menuju sasaran seterusnya pada sekitar 1.24000 sebelum zon support pada 1.23000 menanti untuk diuji.

Sebaliknya jika harga berjaya paparkan kenaikan semula di atas paras 1.25000, sasaran adalah untuk menuju semula paras rintangan 1.26000 sebelum menunjukkan isyarat perubahan trend bullish.

Kenaikan lebih tinggi bakal catatkan paras ketinggian terbaru mengatasi minggu lalu dengan tumpuan berikutnya adalah pada 1.27000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat