Carta pasangan mata wang GBP/USD pada penghujung minggu lalu memaparkan lonjakan ketara harga apabila dipengaruhi oleh laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan.
Lonjakan harga berlaku apabila US dolar alami penyusutan berikutan komponen data dalam laporan yang diterbitkan menunjukkan bacaan keseluruhan yang merosot untuk bulan Julai.
Paling membimbangkan adalah kadar pengangguran AS melonjak lebih tinggi mengatasi paras sebelum ini mencatatkan kadar tertinggi sejak Oktober 2021.
Jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) bakal melonggarkan dasar dengan lebih agresif telah mencetus isyarat awal bagi perubahan trend pada carta GBP/USD dengan lonjakan harga melepasi garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Harga yang pada mulanya turun menghampiri support 1.27000 telah berjaya buat kenaikan mencapai ketinggian sekitar 1.28400 sebelum berundur sedikit dan perlahan di sekitar zon 1.28000 untuk menutup dagangan sesi terakhir minggu itu.
Menyambung dagangan pada pembukaan awal minggu ini, harga perlahan di bawah zon 1.28000 sebelum mula paparkan terjunan di awal sesi Eropah.
Pelabur perlu ingat bahawa dagangan Pound masih kekal berisiko susulan bank pusat England (BOE) pada minggu lalu telah menurunkan kadar faedah mereka dan mencetuskan tekanan buat mata wang tersebut.
Harga kini menyaksikan penurunan semula menuju 1.27000 untuk zon support tersebut diuji.
Penurunan lebih rendah di bawah zon itu akan mencadangkan pergerakan bearish minggu sebelum ini diteruskan lagi.
Namun, sekiranya prestasi US dolar lebih buruk pada minggu ini, kenaikan harga boleh berlaku semula.
Melonjak melepasi 1.28000 akan menjangkakan kenaikan harga semula untuk menuju 1.29000 sebagai rintangan yang bakal diuji.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG